Sunday 24 November 2013

Penyakit Prostat (Benign Prostatic Hyperplasia (BPH))

Sudah lama rasanya aku tak update blog ni... bukan apa aku xtaw nak cerita apa sebenarnya. itu tang lama blog ini berhabuk... Ceh mcm la ramai tengok blog aku kan...

Kali ini aku ingin kongsi dengan ko orang semua mengenai satu penyakit yang boleh menyerang kaum seperti aku iaitu lelaki... iaitu penyakit Prastat...

Apa Itu Prostat?

Prostat ialah kelenjar seks lelaki. Prostat mengeluarkan bendalir untuk pembiakan (reproduksi). Saiznya hamoir sama dengan sebiji pinang. Lokasinya ialah di bahagian bawah pundi kencing dan saluran kencing melaluinya. Seperti gambar di bawah :


Apakah Jenis Penyakit Prostat?

Terdapat 3 jenis utama penyakit prostat:

  1. Prostatitis (Infeksi)
  2. BPH
  3. Kanser Prostat


Apakah itu BPH?

BPH merupakan pembesaran prostat yang tidak berkaitan dengan kanser. Kelenjar prostat akan membesar secara semula jadi dengan peningkatan umur. Apabila prostat menjadi semakin besar, ia boleh menghimpit saluran kencing dan menimbolkan kerumitan dalam membuang air kecil.

Apakah Simtom-Simtom BPH?


  • Gangguan aliran air kencing
  • Kerap membuang air kencing terutama pada waktu malam
  • Teragak-agak sebelum membuang air kecil
  • Terasa pundi kencing masih penuh selepas membuang air kecil
  • Air kencing meleleh
  • Rasa ingin buang air kencing dengan segera
  • Aliran air kencing yang lemah

Bagaimana Mengenalpasti Penyakit ?

Secara dasarnya BPH dikenalpasti melalui pemeriksaan rektum.

Prosedur ini memerlukan Doktor memasukan jari ke dubur. Prostat terdapat di bahagian depan rektum. Doktor dapat mengetahui dengan menyetuh rektum untuk mengetahui saiz, bentuk dan konsistensi prostat.


Bagaimana BPH Boleh Dirawat?

1 - Amalan Tunggu & Lihat


Seandainya gejala membuang air kecil tidak membimbangkan, amalan tunggu dan lihat akan dipertimbangkan di mana rawatan ini dibuat melalui pemerhatian.

2 - Pengambilan Ubat-Ubatan

Rawatan melalui pengambilan ubat-ubatan adalah untuk seumur hidup. Terdapat 2 jenis ubat iaitu :

a- Alpha-one blockers
Mengurangkan tekanan dalaman pada saluran kencing dan dengan itu mendorong aliran air kelaur dari pundi kencing

b- 5-ARI
Ubat ini dapat memulihkan aliran air kencing dengan mengecutkan sebahagian prostat yang kembang sebanyak 20%

3 - Pembedahan - TURP
Pembedahan ini dibuat melalui saluran kencing. Ia tidak melibatkan pembedahan atau pemotongan pada bahagian perut. Pembedahan TURP adalah satu prosedurdi mana kelenjar yang bengkak akan dikikis dari dalam dan dikeluarkan melalui teropong dan kemera. Ia memakan masa lebih kurang 1 jam dan pesakit dikehendaki tinggal di hopital selama 2 atau 3 hari. TRUP akan mengurangkan simtom-simtom BPH dengan serta-merta dan drastik.

*sumber pamphlet Hospital Pusrawi

No comments:

Post a Comment