Tuesday 10 December 2013

Hari Keluarga Masjid Saidina Abu Bakar (SABA)

Hai semua, aku kembali bersiar di dalam blog... kali ni kan, aku nak la cite sikit pasal events yang berlaku pada 07/12/2013 (Sabtu), yang mana aku telah membuka gerai di situ... al maklum la baru nk perkenalkan produk biz aku :P


Antara Program Sepanjang Hari Sekeluarga

Program ini boleh dikatakan acara atau program tahunan Masjid ini, tak silap aku sejak aku sek tadika kat sini atau lebih lama program ini telah diadakan..

Tapi tahun ni aku rasa sambutan hambar sebab xramai penyertaan perniaga didalam program ini dan pengunjung pon kurang munkin faktor musim ujan kot :P

Ok berbalik pada gerai aku lak kan... Tadi aku ada cakap tujuan utama adalah untuk memperkenalkan produk terbaru aku.. dan alhamdulilah aku dibantu oleh dua orang adk aku dan seorang kawan aku... dan aku bersyukur ada gak pemintaan terhadap produk ku hehehe...  

Antara produk yang aku jual ialah : jus roselle, kordial roselle, jem roselle, dan jagung dalam cawan...

Meh tgk gambar sekitar gerai ku :

Gambar Gerai produk "Marvelous"

Bersama Kawanku Mempermosikan Produk

Bersama Adik Perempuanku Yang Gedik 

Dimana Saja Kita Promosi

Aku Bersama Produk Kordial "Marvelous"


Sunday 24 November 2013

Penyakit Prostat (Benign Prostatic Hyperplasia (BPH))

Sudah lama rasanya aku tak update blog ni... bukan apa aku xtaw nak cerita apa sebenarnya. itu tang lama blog ini berhabuk... Ceh mcm la ramai tengok blog aku kan...

Kali ini aku ingin kongsi dengan ko orang semua mengenai satu penyakit yang boleh menyerang kaum seperti aku iaitu lelaki... iaitu penyakit Prastat...

Apa Itu Prostat?

Prostat ialah kelenjar seks lelaki. Prostat mengeluarkan bendalir untuk pembiakan (reproduksi). Saiznya hamoir sama dengan sebiji pinang. Lokasinya ialah di bahagian bawah pundi kencing dan saluran kencing melaluinya. Seperti gambar di bawah :


Apakah Jenis Penyakit Prostat?

Terdapat 3 jenis utama penyakit prostat:

  1. Prostatitis (Infeksi)
  2. BPH
  3. Kanser Prostat


Apakah itu BPH?

BPH merupakan pembesaran prostat yang tidak berkaitan dengan kanser. Kelenjar prostat akan membesar secara semula jadi dengan peningkatan umur. Apabila prostat menjadi semakin besar, ia boleh menghimpit saluran kencing dan menimbolkan kerumitan dalam membuang air kecil.

Apakah Simtom-Simtom BPH?


  • Gangguan aliran air kencing
  • Kerap membuang air kencing terutama pada waktu malam
  • Teragak-agak sebelum membuang air kecil
  • Terasa pundi kencing masih penuh selepas membuang air kecil
  • Air kencing meleleh
  • Rasa ingin buang air kencing dengan segera
  • Aliran air kencing yang lemah

Bagaimana Mengenalpasti Penyakit ?

Secara dasarnya BPH dikenalpasti melalui pemeriksaan rektum.

Prosedur ini memerlukan Doktor memasukan jari ke dubur. Prostat terdapat di bahagian depan rektum. Doktor dapat mengetahui dengan menyetuh rektum untuk mengetahui saiz, bentuk dan konsistensi prostat.


Bagaimana BPH Boleh Dirawat?

1 - Amalan Tunggu & Lihat


Seandainya gejala membuang air kecil tidak membimbangkan, amalan tunggu dan lihat akan dipertimbangkan di mana rawatan ini dibuat melalui pemerhatian.

2 - Pengambilan Ubat-Ubatan

Rawatan melalui pengambilan ubat-ubatan adalah untuk seumur hidup. Terdapat 2 jenis ubat iaitu :

a- Alpha-one blockers
Mengurangkan tekanan dalaman pada saluran kencing dan dengan itu mendorong aliran air kelaur dari pundi kencing

b- 5-ARI
Ubat ini dapat memulihkan aliran air kencing dengan mengecutkan sebahagian prostat yang kembang sebanyak 20%

3 - Pembedahan - TURP
Pembedahan ini dibuat melalui saluran kencing. Ia tidak melibatkan pembedahan atau pemotongan pada bahagian perut. Pembedahan TURP adalah satu prosedurdi mana kelenjar yang bengkak akan dikikis dari dalam dan dikeluarkan melalui teropong dan kemera. Ia memakan masa lebih kurang 1 jam dan pesakit dikehendaki tinggal di hopital selama 2 atau 3 hari. TRUP akan mengurangkan simtom-simtom BPH dengan serta-merta dan drastik.

*sumber pamphlet Hospital Pusrawi

Friday 18 January 2013

DOA KELUAR MASUK TANDAS

Setiap hari kehidupan kita tidak pernah lari dari tandaskan. Jadi kali nie aku nk berkongsi doa yang sememangnya kita kene amalkan bila kita masuk dan keluar tandas hehehehe....

Doa Masuk Tandas


 




Doa Keluar Tandas






Nota Kaki :

Masuk Tandas Dengan Kaki Kiri, Keluar Tandas Dengan Kaki Kanan...

Thursday 17 January 2013

SOLAT SUNAT RAWATIB

Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.


HADITH KELEBIHAN MENUNAIKAN SOLAT SUNAT RAWATIB :


 عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ


Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sblm Zohor, 2 rakaat slps Zohor, 2 rakaat slps Maghrib, 2 rakaat slps Isya dan 2 rakaat sblm Subuh. Hadis riwayat Ahmad dan Turmizi (dlm riwayat yang pelbagai).
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib. 


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu   4 rakaat sebelum Zohor  dan  2 rakaat pula selepas Zohor, serta 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat  selepas Isya dan 2 rakaat sebelum Fajar.” Hadis riwayat Turmizi.    


NIAT SOLAT RAWATIB :


أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah Taala.


أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat  Selepasnya kerana Allah Taala.